Monday, February 18, 2013

Alhamdulillah, perkembangan anakku positif!

Sudah 3 bulan lebih usia anakku. Namun begitu detik-detik ngeri masih lagi segar diingatanku. Alhamdulillah setakat ini perkembangan anakku seperti anak-anak seusianya, bahkan kelihatan bijak. Anakku mengalami kekurangan oksigen selama 25 minit akibat sukar untuk dikeluarkan ketika cesarean. Anakku lahir tanpa tangisan, kaki dan tangannya sudah kebiruan dan didiagnose mengalami HIE grade 2 (detail dalam 7 hari yang mendebarkan) yang boleh merosakkan otaknya.

Kebiasaannya bayi yang mengalami HIE grade 2 akan mengalami kecacatan otak kekal yang mengakibatkan permasalahan pada pergerakan otot. Pakar yang merawat anakku menyatakan anakku adalah pesakit HIE yang paling success. Pakar bertanyakan kepadaku apa yang aku rangsangkan kepadanya. Aku terdiam, "rasanya tiada rangsangan ku lakukan memandangkan anakku mengalami masalah colic teruk yang menyebabkannya menangis tanpa henti. Bila masa pula nak merangsang?", bisik hatiku. Setelah pulang dari hospital aku terus berfikir. Barulah aku sedar yang setiap malam aku memasang mp3 Quran sebagai teman tidur kami sekeluarga. Ayat-ayat Quran inilah yang merangsang pemulihan otak anakku, syukur alhamdulillah.