Sudah 3 bulan lebih usia anakku. Namun begitu detik-detik ngeri masih lagi segar diingatanku. Alhamdulillah setakat ini perkembangan anakku seperti anak-anak seusianya, bahkan kelihatan bijak. Anakku mengalami kekurangan oksigen selama 25 minit akibat sukar untuk dikeluarkan ketika cesarean. Anakku lahir tanpa tangisan, kaki dan tangannya sudah kebiruan dan didiagnose mengalami HIE grade 2 (detail dalam 7 hari yang mendebarkan) yang boleh merosakkan otaknya.
Kebiasaannya bayi yang mengalami HIE grade 2 akan mengalami kecacatan otak kekal yang mengakibatkan permasalahan pada pergerakan otot. Pakar yang merawat anakku menyatakan anakku adalah pesakit HIE yang paling success. Pakar bertanyakan kepadaku apa yang aku rangsangkan kepadanya. Aku terdiam, "rasanya tiada rangsangan ku lakukan memandangkan anakku mengalami masalah colic teruk yang menyebabkannya menangis tanpa henti. Bila masa pula nak merangsang?", bisik hatiku. Setelah pulang dari hospital aku terus berfikir. Barulah aku sedar yang setiap malam aku memasang mp3 Quran sebagai teman tidur kami sekeluarga. Ayat-ayat Quran inilah yang merangsang pemulihan otak anakku, syukur alhamdulillah.
Monday, February 18, 2013
Thursday, December 20, 2012
7 hari yang mendebarkan
Tujuan aku menulis ini adalah untuk merakamkan detik-detik cemas dalam hidupku sebagai pengajaran buat diriku dan anakku di masa hadapan supaya ujian berat ini terus menerus menjadi iktibar buat kami sekeluarga, Amin.
Monday, December 17, 2012
Tak bosan ke jadi suri rumah?
Pejam celik kini sudah setahun aku meninggalkan alam pekerjaanku yang ku lalui selama 13 tahun. Menyesal? Tiada dalam kamus hidupku, aku sangat yakin setiap yang Allah tentukan untukku adalah yang terbaik buatku. Walaupun pemberhentian aku tempoh hari kelihatan seperti mengejut, tetapi aku telah merancangnya sejak aku mula memasuki alam pekerjaan. Aku tidak boleh membayangkan pada usia 50an aku masih lagi terpaksa mengadap komputer, melayan kerenah pelangan, pening dengan bos dan rakan sekerja...pada perancangan awal aku ingin menamatkan alam pekerjaanku pada usia 40, tapi perancangan Allah lebih cepat dari itu.
Saturday, December 8, 2012
Selamat datang ke blog AnaKhalifah...
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog AnaKhalifah. Blog ini bakal menghidangkan pelbagai kisah kehidupan sama ada yang dilalui saya ataupun orang yang terdekat, yang lebih penting saya ingin berkongsi cara saya mengupas setiap yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian berdasarkan pemikiran saya dan juga nas yang diambil dari al-quran dan hadis. Mungkin pandangan saya kurang tepat kerana itu saya berkongsi untuk ditegur dan diperbaiki.
Semoga penulisan ini nanti dapat memberikan sesuatu mantaat buat saya yang menulis dan pembaca sekelian. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari saya.
Semoga penulisan ini nanti dapat memberikan sesuatu mantaat buat saya yang menulis dan pembaca sekelian. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)